Panduan Memilih Cincin





Cincin Lambang Kesetiaan - Panduan Memilihnya…

Nilai sebentuk cincin terlalu bermakna buat yang menerima. Cincin pertunangan melambangkan sebuah janji, cincin pertunangan pula membawa makna bahawa janji tersebut telah dipenuhi iaitu melalui pernikahan itu sendiri. Janji untuk saling mengasihi, berkorban, setia, dan bersedia untuk sehidup semati.

Kehadiran cincin yang setia di jari pasti mengingatkan kembali memori sewaktu pernikahan. Di sebalik nilai dan erti sebentuk cincin, reka bentuk yang bagaimanakah yang sesuai dipilih bagi membolehkan ia sentiasa tersarung di jari manis pasangan sepanjang masa dan selamanya? Berikut merupakan beberapa panduan untuk dikongsi. Meskipun anda memilih emas, platinum atau cincin berlian sekalipun, cincin anda seharusnya mencerminkan gaya, keperibadian, dan cita rasa anda.


Ambil kira tentang 4c

Banyak jenis batuan boleh dipilih bagi menghiasi cincin pernikahan. Namun berlian masih menjadi pilihan utama cincin pertunangan dan pernikahan. Ada empat ‘C’ yang harus diperhatikan ketika membeli berlian iaitu ‘Cut’ (potongan), ‘Clarity’ (kejelasan), ‘Colour’ (warna), dan ‘Carat’ (karat).

♥ Cut adalah karakteristik yang terpenting. Keindahan sinar dan gemerlapnya berlian terletak pada potongannya. Karakternya yang keras membolehkannya dipotong dengan bahagian hujung bawah yang meruncing.
♥ Clarity merupakan kejelasan dan kebeningan berlian. Semakin tiada cacat cela, maka semakin mahal berlian tersebut.
♥ Colour merupakan warna pada berlian. Yang dicari adalah berlian polos. Grade yang digunakan untuk menunjukkan tingkat kebeningan berlian tertinggi adalah D, sementara Z adalah yang terendah atau dalam kata lain, yang paling tidak bersih/ ‘kotor’.
♥ Carats adalah penunjuk berat dan ukuran berlian.


Badan Cincin

Terdapat pelbagai pilihan untuk badan cincin. Ada emas, emas putih, perak, atau platinum. Platinum adalah yang termahal, namun paling tahan lama. Kebanyakan pasangan sekarang lebih memilih emas putih kerana ia tidak terlalu berbeza dengan cincin biasa dan harganya pula tidak semahal platinum. Namun, setelah beberapa lama pemakaian, emas putih cenderung berubah menjadi kuning. Ketiga bahan yang disebutkan di awal tadi mengalami perubahan dari segi kilauan sejak anda membelinya atas pelbagai sebab seperti terguris dan sebagainya. Jadi, ia perlu dibersihkan selalu dan sebaiknya. Jika ingin menjaga cincin anda turun-temurun dan tahan lama, platinum adalah pilihan terbaik.


Reka Bentuk

Kebanyakan pasangan muda belum memiliki dana atau wang yang mencukupi untuk membeli cincin pernikahan yang mahal dan bertatahkan banyak berlian. Namun, jika suatu hari anda berhasrat ingin menambah berlian di cincin tersebut, pastikan badan cincin direka dengan ruang lebihan untuk menambahkan berlian kelak.


Erti Sepasang Cincin

♥ Cincin kawin adalah simbol ikatan cinta yang berlaku sepanjang masa dan berlaku secara universal.
♥ Cincin menjadi penanda awal sebuah hubungan dan menjelaskan status pemakainya, sebagai pasangan isteri-suami.
♥ Bentuknya yang bulat, tidak berhujung melambangkan pernikahan yang tiada akhirnya.
♥ Uniknya lagi, cincin yang disematkan di jari manis seolah berbicara kepada orang lain, “ Kini aku sudah ada pendampingnya! ”
♥ Mewujudkan perasaan ‘dekat’ dengan pasangan walaupun terpisah oleh waktu dan jarak.


Info Dari Pesona Pengantin - Nov