Hiasi Kamar Beradu Dengan Bunga-Bungaan...


Kesibukan pasangan suami isteri acap kali penat dengan kesibukan tugasan di tempat kerja.Untuk menghilangkan rasa kusut biasanya sumber flora yang menyejukkan mata,salah satu inisiatif untuk menenangkan jiwa yang tidak tenteram tika berada di kamar apa kata anda hiasi salah satu sudut di kamar tidur dengan hiasan bunga…


Rimba Asmara

Bahan-bahan
• Pasu berbentuk ‘u’ atau separuh bulat
• Span bunga
• Pemotong bunga
• Bunga muncung burung
• Bunga tiger lili
• Daun paku
• Bunga Daisy

Langkah Demi Langkah
Ambil span bunga dan potong mengikut bentuk pasu kemudian potong batang bunga muncung burung mengikut kesesuaian. Mulakan dengan mencucuk batang bunga di tengah-tengah span. Selepas itu lengkungkan daun mengikut alur dan cucuk di kiri dan kanan span. Kemudian ambil daun paku dan cucuk di keliling
pasu supaya ia nampak lebih teratur. Potong daun tiger lili dan ambil bunganya sahaja. Apabila daun diceraikan dengan bunga cucuk bunga tiger lili di permukaan yang paling rendah dahulu kemudian tinggi. Untuk menambah seri pada gubahan akhir sekali cucuk bunga daisy berselang seli di seluruh pasu.


Mekar Menghiasi Meja

Bahan-bahan
• Gunting Pemotong Bunga
• Bunga ros berwarna merun klasik
• Daun paku kecil
• 3 Jenis daun berlaian bentuk

Langkah Demi Langkah
Cucukkan daun yang sarat di keliling pasu berbentuk empat segi panjang. Kemudian cucukan putik bunga putih di atas daun yang sarat. Selepas itu cucukan dedaun paku kecil dan beri sedikit jarak antara satu sama lain. Akhir sekali potong kesemua batang bunga ros (sama panjang) dan cucukan di tengah-tengah
dengan rapat.


Seharum Lavendar

Bahan-bahan
• Pemotong Bunga Gunting
• Sejambak Bunga lavender
• Span
• Pasu bulat

Langkah Demi Langkah
Letakkan span di atas pasu dan potong mengikut bentuk pasu yang digunakan. Potong jambangan lavender dan jadikan ia sekuntum. Mulakan dengan mencucuk bunga di tengah-tengah. Gubah bunga agar bentuknya seperti piramid iaitu setiap kuntuman di tengah haruslah lebih tinggi dan panjang. Susun dan cucuk kesemua bunga mengikut bulatan pasu dan ketinggiannya metilah tertip.

Info Dari : Pesona Pengantin - Nov